Gathering Forum WangCyber Pertama
Salam Ceria,
Semalam seronok rasanya dapat jumpa rakan2 forumer dan otai2 IM semua yg mana selama ini hanya bertemu mlalui forum wangcyber.
Bila sampai di Bukit Jalil Golf and Country Club saja, ramai yg saya dapat jumpa antaranya Bagak, Shuth, Sabri SaifulSham, Amirul, aril_rx, Badrulzamani, Alang, najib, amanz, abeku, dll (sorry kalau x sebut nama). Kat luar dewan saja kami dah start ‘chat’ pasal bisnes masing2 for future JV.
Antara bisnes yg kami Ebook, Adsense, Product MRR, product fizikal, Ebay & lelong etc. Teruja mendengar cerita masing2 yg mempunyai pelbagai idea Ebiz.
Pastu shuth (founder Wangcyber) dah panggil masuk, majlis kami dimulakan dengan Doa oleh sedara Aboain. Kemudian Forum pun dengan perbincangan mengenai perniagaan internet yg dipengerusikan oleh sedara Osman Affan, dan Ahli Panel terdiri drpd Sabri SaifulSham, Gobala Krishnan dan Yusri JomSeminar. Forum tersebut telah memberi input2 yg berguna yg berkisar mngenai niche, newbie, motivasi, etc.
Selepas Forum disajikan pula dengan ‘Special Guest’ Jutawan Internet Dr Irfan Khairi, denga memberi beberapa tips2 yg berguna walaupun dalam masa yg singkat.
Lastly, Hitea dan networking dimana kami saling bertukar bizkad dan maklumat masing2. Ramai rakan2 baru yg kami dapat. Jumpa lagi Next Gathering. ![]()
Komputer rosak?
Salam Ceria,
Komputer buat hal? ‘Hang’, slow, dsbnya. Apa yg anda fikirkan? Tension? atau bertenang… saya harap anda pilih untuk bertenang… kerana sebentar lagi saya akan memberi sedikit tips bagaimana menyelesaikan masalah anda.
Komputer sering buat hal bila kita tidak menjaganya dengan betul. Contoh menjaga komputer ialah:
1. Delete file yg tidak diperlukan ( temp file, recycle bin, dsb)
2. Defrag file anda (guna Defragmenter dekat Start->Programs->Accessories->System Tools->Disk Defragmenter.
3. Scandisk
4. Add/Remove programs (buang mana Aplikasi yg tidak digunakan)
5. Scan Virus (Guna AntiVirus) Virus juga penyebab komputer jadi slow
Tips di atas adalah untuk mengelak atau memulih komputer dari kerosakkan.
Semoga Tips ini dapat membantu.





